aku merenung dada langit...apakah kesudahan hidupku ini...tiap kali ku berdoa pada Tuhan moga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari segala bencana....
Aku masih teringat lg peristiwa 30 September 2009, peristiwa ini cukup segar dalam kotak fikiranku sehingga kini..dalam sekelip mata sahaja, aku kehilangan seluruh ahli keluarga yang juga insan yang paling kusayang. Aku tidak pernah menduga sehebat ini ujian yang Allah berikan kepada aku. Kini,aku tak punya siapa2 lagi untuk bergantung hidup. Aku hanyalah anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapaku..tapi, apakandaya, mereka telah pergi dahulu daripada aku menghadap Allah yang maha esa..
4.15 am
Ketika aku sedang asyik di buai mimpi,aku terjaga kerana mendengar suara riuh rendah dari luar bilikku,aku tertanya-tanya kepada ibu, "ibu,apakah yang telah berlaku ni ? kenapa ibu berteriak menyuruh saya keluar dari bilik untuk menyelamatkan diri ??" ibu tidak segera menjawab malah ibu pergi ke bilik kakak dan abang untuk mengejutkan mereka dari tidur. Aku terpinga-pinga,aku tidak mengerti sama sekali apakah yang telah berlaku sebenarnya....
tiba-tiba.....dummmm....
Aku terkejut apabila rumahku bergegar seperti mahu runtuh...aku berlari mendapatkan ayah di ruang tamu serta menangis ketakutan..aku peluk ayah sekuat-kuatnya..ayah mengendongku keluar dari rumah untuk menyelamatkan diriku...kemudian, ayah masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan ibu, abang dan juga kakak. Aku menangis kerana takut melihat apakah yang sedang berlaku.
Sebaik ayah melangkah masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan ibu, kakak dan abang, aku melihat dinding rumahku jatuh menghempap ayah...aku menjerit, ayah !! ayah !!...aku lihat ramai manusia cuba menyelamatkan diri dari runtuhan rumah mereka. Dalam sekelip mata, aku melihat rumahku hilang di telan bumi. Aku tak nampak lagi tubuh ayah, ibu dan kakak pada waktu itu...aku menangis memanggil-manggil nama mereka...aku tahu, mereka sudah hilang dalam runtuhan itu..aku menangis dan terus menangis....
Dalam masa itu juga, aku diangkat oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali dan dia membawaku ke tempat yang selamat. Di situ,aku dijaga oleh abang Kamil. Aku menangis mahukan keluargaku kembali, tetapi abang Kamil memberitahuku bahawa keluargaku sudah tiada...aku menangis lagi...Selama aku di situ, abang Kamil la kuanggap seperti ibu dan bapaku sendiri...dia banyak mengingatkan aku tentang apa yang berlaku ini adalah ujian dari Allah. Sehingga kini, aku masih belum menemui jasad keluargaku...abang Kamil juga sering menasihati aku supaya sedekahkan yassin dan al-fatihah buat keluargaku yang telah tiada supaya mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh.....aminnn...
hasil karya : raudhah89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan