Penyanyi, Alyah kini telah dikaitkan pula dengan lirik lagu berunsur syirik selepas baru sahaja dikaitkan dengan isu Freemason pada Anugerah Juara Lagu lalu. Lagu Realiti Dewi dikatakan mempunyai maksud yang boleh memesongkan akidah kerana mempunyai unsur pemujaan terhadap dewa-dewi.Menurut kata Alyah, dia memang sedar tentang perkara itu namun baginya semua itu terletak kepada niat sebenar dan hanya sekadar berhibur.
Lirik Lagu Realiti Dewi - Alyah
Adakah ku sedang mimpi
dipuncak awan kita menari
mungkin fantasi
bagai ilusi
hanya ku impi
Tawamu penawar hati
buatku tenang dimalam sepi
direaliti yg kuhadapi
sepanjang hari
Hilanglah perasaan ini
terpadam rindu bila kau kembali
Kaulah
dewa yg aku puja
bukakanlah hatimu
untuk cinta
Aku
dewi yg kau merindu
pencinta yg setia
oh sayangku
Dengarlah pintaku ini
luahan hati tidak bertepi
hasrat si dewi
agarmu dewa ada disisi
saya belum pernah dengar lagi lagu ni tapi kalo tgk lirik dia memang sudah jelas lagu ini berunsur syirik.Kita sebagai umat islam janganlah terpedaya dengan lagu-lagu yang jelas kesyirikannya..Nauzubillahi min zalik.Semoga Allah mengampunkan dosa umat Islam..
Allah telah berfirman (mafhumnya):
BalasPadam“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan baginya surga dan tempatnya ialah neraka.” (Al Maidah: 72)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (An Nisaa: 48)
“Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An Nisaa: 116)
Sekarang syirik kepada ALLAH SWT makin berleluasa dan banyak pihak yang ambil kesempatan dalam kegoyahan umat Islam zaman ini. Bukan sahaja melalui lagu, malah melalui kalimah ALLAH (yang boleh mengelirukan muslim yang lain).
~Ameenmuslim~
ha'ah...btol tu..ni sume keje dr musuh2 islam yg nk menghancurkan islam secara halus..yg plg sy marah si alyah tu boleh kluarkan statement mcm tu....:(
BalasPadam